THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Isnin, 18 Februari 2008

~ DaLaM PrOsEs ~

salam kengkawan sume....harap maklum....blog iena dlm proses mengupdate baru.....so segala kesulitan harap dimaafkan.....huhuhu

Satu kisah Cinta


Biasa Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaanhangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masapernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulaimerasa letih...lelah, alasan-alasan sayamencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yangmenjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental danbenar-benar sensitif serta berperasaan halus. Sayamerindui saat-saat romantis seperti seorang anakkecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah danibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah sayaperolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang sayaharapkan. Rasa sensitifnya kurang. Danketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yangromantis dalam perkahwinan kami telah mematahkansemua harapan saya terhadap cinta yang ideal.Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakankeputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkanpenceraian."Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut."Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikancinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenungsepanjang malam di depan komputernya, nampakseolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahaltidak.Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelakiyang tidak dapat mengekspresikan perasaannya,apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Danakhirnya dia bertanya."Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiranSiti?" Saya merenung matanya dalam-dalam danmenjawab dengan perlahan."Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannyadidalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti;Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yangada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abangmemanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakahyang Abang akan lakukan untuk Siti?"Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akanmemberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundahmendengar responnya itu.Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan sayamenenui selembar kertas dengan coretan tangannyadibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yangbertuliskan. ..'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga ituuntukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskanalasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hatisaya. Namun, saya masih terus ingin membacanya."Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusikprogram didalamnya dan akhirnya menangis di depanmonitor, Abang harus memberikan jari-jari Abangsupaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki programtersebut.""Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Sitikeluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supayaboleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Sitiketika pulang.""Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapiselalu tersasar dan ada ketikanya sesat ditempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harusmencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedaiyang lain mencarimu dan membawa Siti pulang kerumah.""Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'temanbaik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harusmemberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurutkaki Siti yang sengal itu.""Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalurisau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harusmembelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Sitidirumah atau meminjamkan lidah Abang untukmenceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.""Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itutidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harusmenjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abangdapat menolong mengguntingkan kukumu danmemandikanmu. ""Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbingmenelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasiryang indah. Menceritakan warna-warna bunga yangbersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.""Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bungaitu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihatairmatamu mengalir menangisi kematian Abang.""Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang bolehmencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.""Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikanoleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti.Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan,kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkantintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusahauntuk terus membacanya lagi."Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapanAbang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini,dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini,tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarangsedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.""Tetapi, jika Siti tidak puas hati,sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskanbarang-barang Abang, dan Abang tidak akanmenyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bilaSiti bahagia."Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yangterkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakanpintu dan melihatnya berdiri di depan pintu denganwajah gusar sambil tangannya memegang susu dan rotikesukaan saya.Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernahmencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulahcinta, di saat kita merasa cinta itu telahberansur-ansur hilang dari hati kita kerana kitamerasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telahhadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kitabayangkan sebelum ini.

Cenderahati yang akan dinyatakan ini tidak dijual dimana-mana kedai atau pasaraya. Anda tidak perlu membeli malah boleh menghadiahkannya pada setiap saat dan hari. Namun begitu, kelapan-lapan cenderahati ini adalah yang paling terindah dan tidak ternilai bagi orang-orang yang anda sayangi.


1)Kehadiran.Kehadiran orang yang dikasihi ialah satu cenderahati yang tidak ternilai harganya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan cara berutus surat , telefon,gambar atau faks. Sekurang-kurangnya anda sentiasa berada disisinya. Anda dan dia dapat berkongsi perasaaan, perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh dan intensif, Oleh yang demikian, kehadiran yang anda wujudkan juga adalah sangat penting. Jadikanlah kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan.



2)Mendengar.Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini, sebab kebanyakan orang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya. Sejak dari dahulu lagi kita ketahui bahawa sikap saling sedia memdengar amat diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.
Berikan cenderahati ini untuknya, dengan mendengar segala curahan hatinya terhadap anda. Secara langsung anda juga telah mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik, pastikan anda dalam keadaan betul-betul selesa dan boleh menangkap setiap apa yang akan disampaikan. Tataplah wajahnya. Tidak perlu mencela, mengkritik, apalagi mengulasnya. Biarkan dia yang menjelaskannya. Ini memudahkan anda memberi tanggapan yang tepat selepas itu. Tidak perlu berbincang atau membuat penilaian. Sekadar ucapan terima kasih pun, sudah cukup memadai untuknya.





3)Diam.Seperti kata-kata. di dalam diam juga ada kekuatan. Diam juga boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain, tetapi lebih daripada segalanya. Diam juga boleh menunjukkan persaan cinta kita pada seseorang kerana memberinya ‘ruang’. Keterlaluan jika sehari-hari kita sudah biasa menasihati, mengatuir dan mengkritik bahkan membebelnya.




4)Kebebasan..Mencintai seseorang bukan bermaknak memberi kita hak sepenuhnya untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang bersangkut paut dengan anda. Bolehkah kita mengaku kita mencintai seseorang jika kita selalu menyimpannya dalam hati? Memberi kebebasan adalah salah satu perkara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih dalam daripada itu, memberi kebebasan ialah memberikan kepercayaan sepenuhnya untuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan olehnya.




5)Keindahan.Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang sayangi tiba-tiba tampil lebih kacak atau cantik? Penampilan yang segak dan rupawan juga merupakan salah satu cenderahati juga. Bahkan tidak salah jika anda menghadiahkannya setiap hari! Kecantikan diri ialah lambang peribadi, anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik untuk suasana rumah. Misalnya, vas dan bunga segar cantik di ruang tamu atau meja makan yang berhias indah.




6)Tanggapan Positif.Tanpa sedar, kita sering memberikan penilaian negatif tehadap pemikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaran mutlak hanya kepada kia.. Kali ini, cuba hadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan ikhlas. Cubalah ingat, berapa kalikah dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannya demi anda. Cuba ingatkan semula pernahkah anda memujinya. Kedua-dua hal itu ialah hadiah cenderahati yang sering tidak dilupakan.




7)Sedia Mengalah.Tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran. apatah lagi sehingga menjadi pergaduhan yang hebat. Seharusnya anda perlulah pertimbangkan, apakah wajar sebuah hubungan cinta dikorbankan sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan persoalan itu? Apabila anda ada memikirkan hal ini, bermakna anda telah bersiap sedia untuk memberikan cenderahati kepadanya atas sebab sedia mengalah. Anda tentu akan merasa kesal atau marah jika sidia tidak menepati janji, tepai jika kesalahan itu ialah kali pertama, kenapa itu dijadikan punca pertengkaran anda hingga berlarut-larutan? Kesediaan anda untuk mengalah juga dapat meluntur rasa sakit hati dan menyedarkan kita bahawa tidak ada satupun manusia yang sempurna di dunia ini.




8 ) Senyuman.Percaya atau tidak, senyuman mempunyai kekuatan yang luar biasa. Senyuman, kelebihan yang diberikan tulus ikhlas, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika sedang putus asa, menceriakan suasana muram juga menjadi ubat penenang jiwa ketika keresahan. Senyuman juga merupakan isyarat untuk membuka diri dengan dunia sekeliling kita. Bilakah hari terakhir anda menghadiahkan senyuman manis??




Hadiahkan lah cenderhati ini kepada sesiapa sahaja yang anda ini berikan…
Semoga hidup anda akan lebih bermakna dengan pemberian cenderahati ini.

7 'C' sebab Suami Benci Isteri (dari Dr Fadillah Kamsah )



Untuk semua isteri, bakal isteri dan jugak yg beristeri ...


C1. CABARIsteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ....



C2. CABULPerbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...



C3. CELUPARCelupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...



C4. COMOTIsteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...



C5. CEMBURUSuami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...



C6. CEREWETSuami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat



C7. CINCAIBuat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...



7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ..

Ahad, 10 Februari 2008

~ SaWaNg ~


huhuhuhu lame giler iena x update blog......sawang jgn ckp...so iena nk kemas skt la blog iena nie.......nt org igt masok umh antu lak....hahahahaha...



korang kalo ade idea kasi la skt.......



~ BeStNyE ~

weeiiii korang ape wat cuti raye cine lepeh....hehehehe...korang nk tau iena bjln sakan ari khamis ngan sabtu.....adeeeiii penat gak sbnrnye....
kebetulan ade sdare iena dr penang dtg....sooo bwk la die jenjalan.......sdare iena baru smp ari khamis aritu........tgh ari je.....kt org trus bwk g mandi manda kt sg congkak......igt x ramai la org.......skali padat dh cm ulat nangka.....adeiiii....cr nye cr...dpt la pot baek nk lepak....
kt org g 2 van ngan satu kete......makanan jgn ckp.....byk giler iena msk....huhuhuuh.....tp yg bestnye...abh sume beb.....limo cine kt org bwk 2 kotak....licin gak....huhuhuhuhu.....kuat mkn tol...hahahaha
berenda smp kecot......dh selesai mandi....blk umh msg2 terbongkang....hahahaha....mlm lak kt org g mkn satey kajang....open 5 table....order satey 200 cucok....makan lagik.....wahahahaha....gemok aku.......
sok nye plak pagi lg dh kuar.....1st kitorang g menara kl....waaaa bestnye...lame tol x nek menara kl.....arge skang RM10 tp kene ade ic...kalo tadek ic RM20......bdk2 RM5.....huhuhu gayat giler rsnye.......
ps 2 kitorang g nek eye on malaysia......tp x sume ar nek...iena dh penin......hahahahah....yg kicik2 je yg nek......ps 2 kt org g klcc......port nie bese je...tp sdare iena nie x pnah smp lg kt klcc nie.....
mlm lak kitorg g putrajaya lepak waktu mlm....waaaa cntk gak putrajaya waktu mlm....hehehehe....iena keje ctu pon xtau....n last skali g mkn2 kt alamanda.......
huhuhhuhu....penatnye tp best...hahahaha