THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Isnin, 18 Februari 2008

Satu kisah Cinta


Biasa Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaanhangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masapernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulaimerasa letih...lelah, alasan-alasan sayamencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yangmenjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental danbenar-benar sensitif serta berperasaan halus. Sayamerindui saat-saat romantis seperti seorang anakkecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah danibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah sayaperolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang sayaharapkan. Rasa sensitifnya kurang. Danketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yangromantis dalam perkahwinan kami telah mematahkansemua harapan saya terhadap cinta yang ideal.Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakankeputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkanpenceraian."Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut."Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikancinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenungsepanjang malam di depan komputernya, nampakseolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahaltidak.Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelakiyang tidak dapat mengekspresikan perasaannya,apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Danakhirnya dia bertanya."Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiranSiti?" Saya merenung matanya dalam-dalam danmenjawab dengan perlahan."Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannyadidalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti;Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yangada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abangmemanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakahyang Abang akan lakukan untuk Siti?"Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akanmemberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundahmendengar responnya itu.Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan sayamenenui selembar kertas dengan coretan tangannyadibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yangbertuliskan. ..'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga ituuntukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskanalasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hatisaya. Namun, saya masih terus ingin membacanya."Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusikprogram didalamnya dan akhirnya menangis di depanmonitor, Abang harus memberikan jari-jari Abangsupaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki programtersebut.""Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Sitikeluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supayaboleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Sitiketika pulang.""Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapiselalu tersasar dan ada ketikanya sesat ditempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harusmencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedaiyang lain mencarimu dan membawa Siti pulang kerumah.""Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'temanbaik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harusmemberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurutkaki Siti yang sengal itu.""Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalurisau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harusmembelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Sitidirumah atau meminjamkan lidah Abang untukmenceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.""Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itutidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harusmenjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abangdapat menolong mengguntingkan kukumu danmemandikanmu. ""Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbingmenelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasiryang indah. Menceritakan warna-warna bunga yangbersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.""Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bungaitu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihatairmatamu mengalir menangisi kematian Abang.""Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang bolehmencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.""Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikanoleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti.Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan,kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkantintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusahauntuk terus membacanya lagi."Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapanAbang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini,dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini,tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarangsedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.""Tetapi, jika Siti tidak puas hati,sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskanbarang-barang Abang, dan Abang tidak akanmenyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bilaSiti bahagia."Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yangterkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakanpintu dan melihatnya berdiri di depan pintu denganwajah gusar sambil tangannya memegang susu dan rotikesukaan saya.Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernahmencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulahcinta, di saat kita merasa cinta itu telahberansur-ansur hilang dari hati kita kerana kitamerasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telahhadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kitabayangkan sebelum ini.

0 PeNdaPaTan: