THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Khamis, 10 Januari 2008

~ BeRiTa PeNTinG ~


PETALING JAYA(-MALAYSIA), 10 Jan — Kempen pencarian Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang hilang selepas dipercayai diculik pagi semalam bertambah agresif apabila ganjaran kepada pemberi maklumat mula ditawarkan dan poster kehilangannya ditampal di merata tempat.Antara yang menawarkan ganjaran ialah Timbalan Menteri Pelancongan yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan (PJS) Datuk Donald Lim Siang Chai yang melalui Pusat Perkhidmatannya, menawarkan ganjaran RM5,000 kepada mana-mana individu yang memberi maklumat sehingga terjumpanya kanak-kanak itu.“Saya harap masyarakat akan tampil memberikan maklumat dan kerjasama dengan polis agar Sharlinie dapat kembali semula ke pangkuan keluarga,” katanya kepada pemberita dalam program `Kembalikan Adik Sharlinie Ke Pangkuan Keluarga’ di sini malam ini.Beliau berkata, 5,000 keping poster kehilangan Nini akan mula ditampal merata tempat, terutama di kawasan sekitar Petaling Jaya.“Dengan bantuan pelbagai pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta persatuan-persatuan penduduk di sini, kita akan mengedarkan dan menampal poster-poster ini di kawasan strategik termasuk surau, masjid, pasar, sekolah dan juga tempat-tempat lain,” katanya.Sharlinie atau dikenali sebagai Nini dilaporkan hilang kira-kira pukul 11.30 pagi semalam ketika bermain bersama kakaknya Sharliena, 8, di taman permainan yang jaraknya hanya 200 meter dari rumah mereka.

0 PeNdaPaTan: